Saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2018, banyak perkara yang kita lalui 2017 sebagai satu indikator kita membuat lebih banyak kejayaan pada 2018.Tahniah kepada semua AJK Gagasan Pendidikan Sabah 2017 yang cukup memberikan komitmen yang tinggi kepada banyak aktiviti Gagasan Pendidikan Sabah.Saya turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Gagasan Pendidikan Sabah yang telah berjaya menjadikan aktiviti Karnival Gagasan Pendidikan Sabah sebagai satu titik program mencari kebersamaan diantara Jabatan Pendidikan Negeri, NGO Pendidikan, Institusi Pendidikan Swasta dalam menganjurkan satu aktiviti yang melibatkan semua agensi. Gagasan Pendidikan Sabah pada 2018 ini akan lebih menumpukan kepada membantu meningkatkan pencapaian Sains & Matematik, Inovasi dikalangan guru guru dan penguasaan ICT dalam aspek pentadbiran, pengurusan dan pendidikan. Moga kita akan bertambah keimanan kepada Allah kerana tanpa kudratnya kita tidak akan mampu membuat dan merancang program sehingga berjaya.

Salam Gagasan Pendidikan

Mohd Idremzizan Idris
Pengerusi
Gagasan Pendidikan Sabah