KUALA LUMPUR: Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) telah mengadakan Perhimpunan Agung Tahun (PAT) buat kali ke-8 di aras 6, Kementerian Kerja Raya, Sultan Salahudin, Kuala Lumpur pada 17 Mac 2018.

Persidangan berjalan dengan lancar sekali dengan kehadiran Presiden, Yb. Dato’ Sri Hj. Fadillah Bin Haji Yusof bersama barisan kepimpinan tertinggi kebangsaan GAGASAN.

GAGASAN Negeri Sabah amat berterima kasih atas peluang dan ruang yang diamanahkan oleh Naib Presiden GAGASAN Kebangsaan (Sabah), Yb. Datuk Rosnah Hj. Abdul Rashid Shirlin dalam penglibatan kali ini.

Turut bersama menghadiri persidangan GAGASAN kali ke-8 ini adalah Pengerusi GAGASAN Negeri Sabah, Encik Idremzizan Bin Idris dan barisan kepimpinan GAGASAN Sabah. Di antara ahli jawatankuasa GAGASAN Negeri Sabah yang berpeluang untuk hadir bersama dalam persidangan pada kali ke-8 ini adalah Encik Hj. Zaieddi Bin Sachdan @ Shahadan selaku Timb. Pengerusi (memangku), Encik Awang Alifah Bin Awang Aming Selaku Naib Pengerusi III, Cik Suzieyana Binti  Mohamad Sha selaku Setiausaha, Encik Mohd Faizal Hikmad selaku Bendahari, Puan Normah Binti Hj. Abdullah selaku Naib Pengerusi Wanita dan Encik Asfar Bin Hj. Abdul Hamid selaku Ketua Penerangan.

Pelbagai usul telah dikemukakan daripada sidang perwakilan negeri dalam sesi membahaskan usul. Di antara usul yang dikemukakan dan telah diterima untuk dimurnikan adalah daripada Encik Awang Alifah dan Encik Asfar daripada GAGASAN negeri Sabah.

GAGASAN Negeri Sabah amat berterima kasih atas layanan dan pengurusan jawatankuasa kerja bagi PAT kali ke-8; persiapan dan pelaksanaan yang cemerlang sekali.