Tuan Rahman Parhang Pegawai Khas kepada Datuk Rosnah yang mewakili beliau hadir untuk merasmikan Mesyuarat Agung yang berlangsung pada 27 Januari 2018 bertempat di Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu.

Mesyuarat yang turut menyenaraikan usul untuk persediaan Mesyuarat Agung Gagasan diperingkat Pusat.

Mesyuarat ini juga turut menerima Tuan Hj Zaidi untuk memangku Jawatan Timbalan Pengerusi Gagasan Sabah sehingga pemilihan Mesyuarat Agung yang akan datang.

Gagasan Pendidikan Sabah meletakkan hal tuju ICT, Inovasi, Sains dan Matematik sebagai satu rangkaian tugasan dalam NGO Pendidikan ini.

Gagasan Pendidikan Sabah juga bersedia dengan Karnival Gagasan Pendidikan Sabah yang didalamnya turut menyenaraikan Olympiad Sains & Matematik.Gagasan Pendidikan Sabah turut memulakan kempen hashtag #olympiadsabahkamidatangkamimenang

Tahniah semua !