KOTA KINABALU : GAGASAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH telah berjaya melaksanakan Oympiad Sains dan Matematik OSM 2018 untuk kali ke-3 Peringkat negeri Sabah pada 7hb April 2018 Sabtu di Institut Perguruan Gaya. Tahniah kepada semua sekolah dan pelajar yang bakal mewakili Negeri Sabah untuk pertandingan OSM peringkat kebangsaan di Pulau Pinang Julai 2018.

Mereka yang akan mewakili OSM kategori SAINS tempat pertama Mohd Danish Iskandar bin Amran; SMKA Kota Kinabalu, tempat kedua Andrew William; SM All Saints dan tempat ketiga Nur Syafiqah Sarah Yew; SM Lok Yuk. Bagi OSM kategori MATEMATIK tempat pertama Haninah binti Iskahaarrudin; SM Lok Yuk, tempat kedua Mohd Musri bin Muhamad; SMK Badin dan tempat ketiga Anthea Siew Yu; Sekolah Tinggi Kota Kinabalu.

GAGASAN PENDIDIKAN Negeri Sabah amat berterima kasih kepada Naib Presiden GAGASAN PENDIDIKAN MELAYU MALAYSIA, Yb. Datuk Rosnah Hj. Abdul Rashid Shirlin yang sentiasa memberi sokongan yang padu dalam pelaksanaan OSM bagi para pelajar bumiputera Sabah.

Pelaksanaan Karnival GAGASAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH pada kali ini juga telah melibatkan pelbagai pihak dalam bidang pendidikan. Penyertaan pertandingan OSM terdiri daripada 26 buah sekolah dari pelbagai daerah Sabah dengan jumlah penyertaan mencecah 150 pelajar tingkatan lima. Kehadiran keseluruhan karnival GAGASAN menjangkau 250 orang yang terdiri daripada guru-guru, pelajar dan guru pelatih.

Pengerusi Gagasan Pendidikan Sabah Mohd Idremzizan bin Idris dalam ucapan beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua sekolah yang bersusah payah menghantar wakil untuk mengikuti Olympiad Sains & Matematik.Malah Pengerusi juga berpesan agar sentiasa menjadikan diri kita sebagai insan yang sentiasa berterima kasih kepada guru guru yang mendidik kita kerana dengan budaya terima kasih ini akan melahirkan sikap sentiasa bersyukur dan keberkatan akan turun dalam kita menuntut ilmu.

Kemeriahan karnival juga diserikan dengan pameran dan perkongsian pendidikan daripada Kem Matematik Sains IPG Kent, MELTA, INOVASI, LINUS PPD KK, Sekolah Dalam Hospital; Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah, Inovasi Papar dan usahawan produk pendidikan.